BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 1, 2010

Bertubi tubi Pulak Masalah!

Hai manusia manusia asing!

Semenjak dua menjak nih terfikir. Ekh nih dah masuk bulan Disember. Tahun 2010 pun nak habis. Maka mula rasa nak demam demam pulak. Pasai apa? Pasal result nak keluar. Oke! Sangat cuak. Bukan la nak mengharap langsung nak dapat AD (Anugerah Dekan) a.k.a Dean's List tuh. Sangat sangat tak mengharap sebab tahu kemampuan takat mana je pun. Saya juga bukanlah student yang 24/7 dok menghadap buku. Maka terpesong lah saya dari kalangan budak budak bijak. Ahaha! Kalau ada rezeki alhamdulilah! Boleh appy Mara kan? Ngew!

Itu kisah result yang konon konon nya keluar pada 10/ 12 nih. Dan rasanya student portal akan sesak pada hari tuh so check saja pada hari berikutnya. Kan? Yang ke-2 pulak kes tempat tinggal. Resident atau Non-resident? Memang lah syok tersangat sangat duduk kolej tuh! Tak diinafikan langsung. 24 jam bersama kawan kawan. Study sama sama. Bla bla bla sama sama. Tapi masalah sekarang ini. Kupon pada sem lepas ada 3 je. Like macam jangan berharap lah anda nak duduk kolej kan. Wakakak! Maka kita pergi pulak kepada alternative satu lagi iaitu non-resident! Memang cukup cukup syurga dudok dekat luar! Orang kata bebas! Memang bebas pun kan tapi masalahnya sekarang dah la takde lesen agak nak berjalan kaki ke? Kalau rumah dekat tuh tapew lah. Tapi kalau rumah jauh mahu aku nangis situ. Betul betul memerlukan lesen kereta sekarang nih. Sapa ada lebih tolonglah kasik!

P/s: Sapa ada kenalan yang reti buat lesen terbang bagi tahu ekh. Muahahah!

0 comments: