BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 31, 2011

Dear Yana.

Dear Yana,

Stop stressing about the ones who broke your heart. They don't deserve your tears! Faham? Tolong la jangan nangis sebab dia. Kau nih normal ke tak nih? Dengar sini eh. Dia tuh dah nak nikah. Faham maksud nikah? Nak jadi laki orang dah. Kau sepatutnya gembira untuk dia. Yang kau emosi tak tentu pasal kenapa? Kalau kau nak emosi, baik tayah datang jauh jauh dengan banjir apa jadah tu. Kau nak emosi pergi emosi dekat rumah. Senang!

Bagi je balik cincin dia. Tu milik dia bukan milik kau. Kau sayang sangat cincin tu kenapa?You rarely wear it. Eh! Memang jarang sangat lah. Boleh kira dengan jari berapa kali kau pakai. Yang sayang sangat dekat cincin tuh kenapa? Cuba kau fikir apa perasaan bakal bini dia nanti. Kau tak kesian? Tak kesian dekat kaum kau? Bodoh! Ingat! Kau bukan his number one anymore. Kau bukan priority dia anymore. Kau nothing! Signifying nothing! Kau sekarang hanya budak perempuan yang dia jumpa, yang dia tersalah jatuh cinta, serta tersalah bagi janji janji manis sebelum dia berjumpa dengan his pure number one.

Aku tahu sakit. Tapi tolong move on. Sila move on! Throught that bitter feeling , dried your own tears and moving on with your life. Ahh! Macam tak pernah rasa. Macam tak pernah buat. Kenapa susah sangat yang ni? Apa specialnya dia?  Let him be happy. Susah sangat ke? Tolong lahh. Tolong!



Harap dia bahagia. I'll be fine. Rasanya.

Saturday, January 29, 2011

Aku nak jadi pengapit. Excited lah sikit!

Oke! Aku nak gelak sebenarnya. Sebab semalam dah bergelen gelen air mata mencurah curah jatuh. Memang aku pemurah gila bab bab tumpah air mata nih. Kalau ikut dengan metafora rasanya dah boleh banjir dah rumah aku semalam. Tapi bila fikir fikir balik rasa macam menyampah pulak nangis pasal entah apa apa nih. Naluri perempuan. Senang tersentuh. Biasalah tu. Choi!

Beberapa hari lagi aku nak gerak pergi kelantan. Ouh best! Best gila nanti. Bakal jadi pengapit. Memang excited gila gila nih. Pengapit sape? Ex pakwe aku. Haa! Ambik kau! Orang lain yang dia tabur janji janji manis orang lain yang dia nikah. Habis aku? Dia boleh cakap " You sudi tak jadi pengapit i nanti? I betul betul nak u jadi pengapit i." What the fish man? Haih. Memang masa tuh mata dah bertakung takung air mata. Steady lagi. Chill lagi. Lepas dia bebel bebel kemudian letak. Haa! Memang tsunami lah.

Haih. Benda dah nak jadi. Dah dia bukan jodoh aku kan. Lagi pun dia dah tua sangat. Kalau nak tunggu aku habis belajar memang kesian la dekat dia. Kesian ke? Oke. Memang kesian. Jadi pengapit pun pengapit la weyh. Aku bahagia bila kau bahagia. Kot. HAHA!

*Mood memang excited gila babi nih. Meh nak jumpa bakal isteri kau. Yeah! Chill! ^^

Friday, January 28, 2011

Pernah Rasa Kena Langgar Lori Trailer?

Pernah!
Dan ianya sangat sakit.
T_____________T

Saturday, January 22, 2011

Saya nak tergelak kuat kuat sebenarnya. Lawak. Lawak sangat. Lawak lah bagi saya. Saya bukan lah jenis yang choosy. Sumpah memang tak. Saya cuma takde niat nak berkomitment. Oke? Saya nak tergelak dengan seseorang nih. Setelah sekian lama bagi kata kata benci dekat saya tup tup datang buat friendly. Ehh! Pelik gila. Dulu bukan main bhai cakap benci. Sekarang? Look who's crawling back? Tak malu ke? Haih.

Tolong jangan cakap rindu. Sebab it makes me feel sick. Rindu? Hadoi. After all you done to me. Rindu? Gila eh? Lepas tuh nak buat tacink tacink lak. Eh? Ingat saya kisah. Wahai lelaki sini saya nak cakap "Tolong jangan jilat balik ludah kau tuh.Kotor." Tapi in our situation. Kau ludah aku. Kau jilat balik. Then aku ludah kau. Dan buat macam takde apa apa. Haha. Adil kan dunia?

Thursday, January 20, 2011

Hari kedua puluh di bulan Januari.

Gila!

Pejam. Celik. Pejam dan celik balik dah nak habis bulan Januari. Gila tak best Januari. Pergi cepat cepat lah. Saya rasa nak tergelak dengan seseorang. Bukan sebab dia buat lawak. Dia tersalah faham. Kesian. Saya pun tataw dia terasa. Last last jadi macam ni. Pelik. Status saya di FB selama yang saya ingat tak pernah sesekali saya kutuk, saya maki, saya komen orang yang berada di friend list saya. Tak pernah. Seingat saya lah. Setakat gurau gurau itu ada. Itu je. Saya pun tau kesensetivitian manusia lain. Apa ingat saya tak peka? I do always say "Ada aku kisah." Tapi dari segi segi jaga hati orang lain saya memang kisah.

Memang apa yang saya post dekat status saya tuju kepada orang di luar friend list saya. Yang awak nak terasa kenapa? Haih! Susah bhai macam nih. Memang saya marah awak. Sebab cari point gaduh yang sama over and over again. Thought you will always be my friend. Heh! Tapi nampaknya tak. Takpe la kalau macam tu. Haih.

Take care former buddy!

Tuesday, January 18, 2011

Hari kelapan belas bulan Januari.

Saya letih! Saya letih sangat. Sangat! Saya rasa nak tidur tanak sedarkan diri dua,tiga,empat hari. Boleh tak? Mesti la tak. Assignment berlambak lambak tuh sapa nak buat? Dia boleh buat sendiri ke? Dah la lect pun dah macam semacam je. Pilih kasih! Aahhaha.

Saya letih. Jum tidur. Wakakak.

Monday, January 10, 2011

Cuba Fikir Positif.

Saya malas nak buat benda itu tapi saya terpaksa buat jugak. Saya malas nak fikir pasal benda itu tapi saya fikir jugak. Saya letih bila saya kena buat. Saya benci bila saya terfikir benda itu. Gahh! Sumpah malas malas dan malas nak buat. Tolonglah faham. Saya tak mampu nak buat. Saya tak suka pun nak buat. Kenapa saya kena buat? Kenapa benda tuh wajib. Benci!

Haih!

*Yana yana. Tolonglah jangan bagi alasan. Benda kau kena buat kau buat je la. Tak kisah benda tu salah atau betul. Yang penting kau buat kan? Tak mampu? Haih! Sapa suruh paksa diri kau. Buat sekadar yang mampu. Tolonglah jangan nak buat perangai gedik gedik sekarang. Nyampah oke!

Tapi...

*Takde tapi tapi. Wajib. Part wajib mana yang kau tak faham nih?  Nak tanak. Suka atau tidak. Kena buat.

Haih! I'll try my best.

*Monolog dalaman

Tolong lah tidur wahai mata. Sebelum buat benda pelik pelik! Haih!

Hari kesepuluh bulan Januari.

Second week dah bermula. Dah bermula ada assignment. Ha! Bagus la. Takde la aku macam orang takde masa depan fikir benda bukan bukan. Tadi cerita pasal kereta dengan budak budak kelas. Bercita cita nak beli Sonata la apa la. Last last tengok harga. Mak aih! Takpe lah!. Amira ajak aku balik Ampang CYN nih. Katanya nak buat rambut dekat Galaxy Ampang. Haih! Sumpah aku malas nak balik Ampang. Well! Not now. Dah lama tak tengok Ayah. Nak jadi anak derhaka ke aku nih? Tanak. Cukup cukup la derhaka yang dulu.

Lepas kelas mereka ajak lepak ramai ramai. Ah! Malas. Takde mood aku nak lepak sekarang. Maka aku balik sorang sorang naik teksi. Dalam teksi pakcik tuh tanya. " Dik nak pergi mana?". Aku cakap "Pakcik pusing pusing lah mana mana dulu. Saya bayar'. Pakcik tuh pusing lah mana mana dia nak pusing. Aku sebenarnya kecik hati sangat dengan seseorang. Oke! I may not be a good friend. Aku cakap banyak. Mulut aku cm sial. Yeah. I know. Tengok jew aku suka buat lawak bodoh. Tapi dalam hati aku takde sapa tahu kan? Tengok jew aku suka gelak kuat kuat. Tapi pernah tengok aku nangis sampai sesak dada. Pernah? Aku nih dah la takde sape yang nak. Nak cari orang yang nak kawan dengan aku pun susah. Ada je lah kawan 2,3 kerat nih pun aku dah bersyukur. At least they know the meaning of friendship bukan friendshit !

Tapew la. Hari kesepuluh bulan Januari; aku bersedih!.

Saturday, January 8, 2011

Ouh minggu pertama.

Fuhh! Memang hard gila first week nih. Dah la dudok luar NR la kononnya. Ingatkan best tapi macam haram je. Tiap tiap hari kena bangun macam budak budak nak g sekolah. Tapi saya rasa budak budak nak g sekolah pun takde yang bangun seawal kami kami bangun. Haih! Memang seksa lah!.

Harti paling seksa hari ada KOKO. Gah! Dah la balik lambat. Hujan memang la lebat gila. Teksi pulak macam jual mahal tanak berenti langsung. Terpaksa berjalan la. Memang dekat gila berjalan sampai kaki pun habis rasa keras keras dah. Rasa macam takde kaki pulak dah. Memang balik tuh berair jugak mata dua tiga titik. Haha!

Tapi yang best bila jumpa PA.  Fuh! Memang terbaik la. Best gila. Ingat dapat PA perempuan kena bebel lah apa tapi best gila borak dengan dia. Very very mother figure betul. Lepas tuh semua membe berdengki pulak. Haha! Yang kesian ada membe sorang nih dapat PA lelaki la. Tapi kuat gila dok bebel. Sian betul!. Dia yang awal masuk dia yang last sekali keluar. Memang sadis beb. HAHA.

Lepas tuh yang best bila pergi lepak dekat KFC. Terbaik! Memang best gila hari tuh. Haih!


Next week ada LDK! Sumpah saya malas. Gahhhh!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru!

Semalam tidur awal gila. Memang langsung tak sempat nak tengok bunga api bagai bagai tuh. Ala! Kira macam tak sambut langsung lah tahun baru nih. Bangun bangun dah dekat pukul 4 pagi. Check phone tengok missed call dari sapa tah tak kenal. Lepas tuh ada la jugak msg yang wish happy new year dekat saya. Haa! Kira ada yang masih ingat saya masih wujud. Terharu bebeh!

Berbalik kepada budak gila yang missed call er tataw la missed call ke call kan. Tapi budak itu mendatangkan was was kepada saya. Lalu saya tanya la dia. Entah apa jadah jenis msg. Tak paham aku. Terlalu urban oke. Sampai terpelat lebih. Saya pun agak tergelak jugak baca sebab tak berapa nak paham. Selepas tuh ada lah budak tuh cakap benda dan buat saya marah. Lalu marah dia dan dia maki saya dan saya maki dia balik. Heh! Apa ingat saya perempuan saya takut! Memang silap besar.

Lepas tuh, saya waras balik dan berfikir. Check msg dia banyak banyak kali. Dan akhirnya! Demit! Ada yang nak kenakan saya. Apa ingat lawak ke buat prank bodoh macam nih? Seriously tidak kan. Oke! Yana jangan mudah percaya kata orang. Tak guna sape buat prank nih. Gahhh! I'm ignoring you the whole year!


Apa azam baru saya?
 To stop ranting and live happily. Yeah!