BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 12, 2011

Fix me!

Hai manusia manusia asing.

Then again aku tak boleh tidur. Macam apa tah sehari tidur macam tak tidur. Obviously unhealthy dan badan aku rasa penat penat je. Dan bila tak boleh tidur aku jadi lapar. Tiap hari aku lapar. Hari? I mean malam. Pergi selongkar dapur macam grizly bear. HAHA!

Aku takda capacity nak sambung cerita SKIZO. Aku mengalami fasa hidup yang sangat malas sekarang. Lagipun aku takda idea. Tunggu la bila skizo aku datang mungkin aku akan ada idea. MUNGKIN!. Aku cuba nak text dengan manusia manusia luar. Tapi aku rasa aku takda capacity jugak untuk buat itu.

Aku rasa aku nak buat cerita baru. Cerita orang normal sikit sebab aku dalam proses pembaikian diri. Deal?

Friday, May 6, 2011

Skizo # 2

" Kau nampak sana?"

Aku nampak sekumpulan budak budak melepak. Terlampau bebas bergaul. Rokok bertukar tangan tidak kira lelaki perempuan. Sedut. Sedut dan hembus sehingga di situ  berasap. Lelaki perempuan bertepuk bertampar. Bertindik sini sana. Pelik.

"Kau nampak ke tidak weyh?"
"Err. Nampak."
"Bergaul dengan mereka. Mereka boleh hilangkan rasa sunyi kau. They are fun to be with."
"Tapi aku tak biasa. Tak biasa ada kawan lebih lebih lagi yang macam tu."
"Kau nak duduk dekat rumah besar kau yang takda orang tu? Kau nak sunyi sampai bila weyh? Aku offer kau supaya tak sunyi lagi. Pilih sunyi atau tak sunyi?"

*Gulp* Satu benda yang susah nak pilih. Kepala mula terasa berat. Hati mula terasa bimbang. Jantung? Jangan cakap la memang berdegup laju. Awin merenung menanti jawapan. Dan aku, aku mula gelisah dengan renungan tajam dia. Satu keputusan mesti dibuat. Dan aku memilih..

"Aku tak nak sunyi lagi Awin."

Awin tersenyum riang.

"Kan bagus macam ni. Pergi rapat dengan mereka. Perkenalkan diri kau. Aku pasti mereka nak berkawan dengan kau."

Aku menapak perlahan lahan. Aku tak biasa perkenalkan diri. Dekat sekolah aku sorang sorang. Takda kawan sebab kawan bagi aku menyusahkan. Banyak sangat yang ditanya umpama kena siasat oleh FBI. Aku rimas macam tu. Maka di sekolah aku bergerak solo. Peduli apa umpatan orang di belakang. Janji aku bahagia. Bahagia ke?

Semakin aku dekat kumpulan itu menjadi senyap. Salah seorang daripada mereka tak lepas memandang aku. Aku mula gelisah. Hendak berpatah balik aku pasti Awin akan marah. Lagipun aku yang pilih jalan ini. Kuatkan semangat. Tolonglah! Aku menoleh belakang.

"Awin aku takut!"
"Kau takut apa. Manusia jugak tu. Takda nya nak makan kau. Gigit ada kot."

Awin gelak.

"Err.Err. Hai!"

*Bersambung*

Thursday, May 5, 2011

Skizo #1

"Weyh bangun!"
"Huh? Kau sapa? Macam mana kau masuk rumah aku?"
" Kau jangan banyak tanya boleh."

Dia aku bayangkan sangat sempurna. Cantik tersangat cantik. Sah sah bukan perompak apatah lagi perogol bersiri. Mungkin pembunuh? *gulp*

"Aku Awin. Kau panggil aku kan?"
"Panggil kau? Bila. Tak pernah!"
"Kau berharap ada orang datang teman kau supaya kau tak sunyi kan. Well here i am. Dan aku hanya wujud dalam imaginasi kau."
"Maknanya?"
"Orang lain tak nampak aku lah. Kenapa kau bengap sangat nih. Kau kenapa selalu sunyi je?"
"Erm, ayah kerja mak pun. Abang ada hal akak aku pulak dekat sekolah dia."
"Kesian kau terbuang."
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Ayah dengan mak kau sibuk 24 jam. Takda masa untuk kau. Abang kau sibuk dengan hal dia. Akak kau memang dah jauh. Kesian!"

Aku tak nafikan apa dia cakap betul. Bila aku fikir apa yang dia cakap tu betul aku mula rasa sesak nafas. Sebak. Rasa air bertakung dekat mata tunggu mengalir je and finally it did.

"Lembik! Pasal benda macam nih pun kau nak menangis. Bazir air mata!"
"Aku sedih. Kau tak rasa sedih ke kalau family kau macam ni?"
"Aku dah lali dengan semua tu. Meh aku ajar kau cara nak hilangkan kesedihan kau tu."
" Macam mana?"
"Ikut aku!."

*Bersambung*

Thursday, April 21, 2011

Random post #1

Manusia asing!

Aku tahu aku lama dah sangat-sangat tinggal blog aku nih. Aku taktau nak cerita pasal apa sebab hidup aku bosan sekarang nih. So-so aku nak buat random post pasal apa aku fikir pasal apa aku nak kritik dan pasal diri aku sendiri. Kira deal la eh?


Single atau couple(s) ?

Oke sangat out-dated. Tak kisah lah! Aku punya blog takda yang baca pun. HAHA! So bebeh sekalian alam. Bila kita belaja subjek MGT162 anda anda pasti akan terjumpa dengan Moslow's Hierarchy of Need. Kan kan kan? Kalau sapa taktau tuh boleh je google. Kata maju kan? Oke berbalik pada teori pakcik moslow nih yang masa sem lepas aku dying ingat benda nih tapi last last tak keluar pun di tangga ketiga dalam piramid dia cakap manusia memerlukan Love and Belongingness. Amboih! Tudia! Yang first dengan second tu nak tahu google sendiri. Maka dengan teori ini kita semua tahu la manusia nih nak berkasih sayang, sayang menyayangi dan apa apa sajalah term yang ada sayang,rindu, cinta nih kan.

So, aku tanya diri aku yang kurang kasih sayang nih. Tak rasa kedengki ke tengok orang sini sana ada orang tersayang. Heh? At first aku kedengki nak mati. Tak dinafikan lagi. Tapi bila fikir balik buat apa nak dengki rezeki masing masing. Tak bahagia sekarang last last InsyaAllah bahagia. Tapi zaman sekarang nih lelaki. Haih. Bukan nak menggata but mostly err mostly cam banyak lak partly tuh macam payah nak mengharap. Mentang mentang kaum dia terhad memilih je kerja. Yew idak? Lagi satu aku dapati lelaki zaman sekarang terlampau jadi parasit. Hari itu aku pergi la restoran fast food ada couple depan aku nih bisik bisik bukan main manja la kan. Aku agak dowg tanya sesama sendiri nak makan apa la kot. Oke! Dorang buat order. Perempuan tuh la yang tolong order aku assume lelaki tuh malu dengan akak cashier tuh atau tak reti nak sebut nama benda yang dia nak. Ekekkeke. Lepas lepas order tuh lelaki tuh bisik something dekat awek dia kan. Then blah cari tempat duduk. Perempuan tuh la yang keluarkan note Rm50 dari purse dia. Dan aku buat poker face. HAHA! Cam ginih nak buat suami? Tuh baru dating belum nikah lagi. Dah nikah harta lelaki tuh harta lelaki tuh harta perempuan tuh harta lelaki tuh jugak. Tak ke pelik? Dunia terbalik eh?

Kalau dah dapat parasit macam tuh baik single je. Tak gitu. Dan oleh sebab faktor faktor dalaman lain jugak aku memilih untuk single untill now. Who need love when we can conquer the world. Tak gitu wanita wanita sekalian? HAHA!

* Yang lelaki jangan nak sentap sangat! ^^

Saturday, April 2, 2011

Kecik Hati Sebenarnya!

Hai.

Tadi tadi tadi aku sanggup berhujan pergi 7e kes ada kawan mintak tolong top up kan. Haa! Memang basah lecun tapi fikir kawan mintak tolong aku pergi. Memang basah sebasahnya. Last last dengan terima kasih nya entah ke mana kemudian hilangkan diri. Kata bz. Tak kan bz sangat sampai nak cakap terima kasih sepatah pun berkira. Tak pe lah.

Aku baru deactive Fb  bodoh aku. Aku dah bosan. Dengan pelbagai orang fake dekat sana. Aku bosan sumpah bosan. Kalau nak update status nak mengumpat pasal aku apsal tak tag je aku teros. Senang! Biar aku datang komen. Nih main main innocent. Ceyh! Hiprokasi berlebih! Kemudian ada hati nak buat war status dengan aku. Der! Aku tak bagi status aku dekat kau la. Tak pernah aku tuju dekat sapa sapa pun status aku tuh. Yang tacink sangat apsal. Kau sapa? Pakwe aku nak halang aku baik dengan orang lain? Tak suka un-friend je la aku. Ingat aku sedih hilang kawan macam kau? Never! Sudah la! Aku malas nak layan hal hal budak kecik nih. Ko pergi la update status kau banyak banyak pasal aku. Memang aku lagi suka! Rasa fames nak maty pulak. HAHA!

Haters gonna Hate!

Haih. Bila Final Dah Nak Dekat.

Hai!

Ye. Aku tau aku nih sekejap ada sekejap takda. Busy der! HAHA! Dua tiga minggu lepas aku telah diberi pengajaran yang memang orang kata kaw kaw punya la. Dan rasa insaflah tu terbitlah sikit. Orang kata Tuhan bagi kita dugaan nih sebab Dia sayangkan kita. True true!

Enough about that!

Nih nak habaq mai nih (prektis cakap kedah in case dapat pergi kedah sem depan. HAHA!) memandangkan dah masuk bulan april maka secara rasminya rasa nak demam demam kes final. Dengan test serta kuiz yang melampaui batas. Hampir gila oke minggu lepas. Grr! Belum tambah lagi dengan asssigment yang berlambak lambak serta presentation yang asyik dok ber 'K.I.V' semacam. Haih.

Nih nak cakap pulak pasal timetable exam. Cam celaka! Aku tak kisah sangat kalau aku bijak Eco dengan Acc. Masalahnya 2 benda tuh la yang paling aku bengap sekali. Lepas uh depa pergi wat dua dua subjek uh exam dalam sehari. Gila oke! Kalau aku repeat salah satu atau both memang ada yang nak kena bunuh.

Tapi in the end of the day nak bising sana sini pun tak guna. Benda dah ditetapkan. So yana pls redha.

Oke! T_____T

Thursday, March 3, 2011

Bila Rasa Emo Emo Camnih Mula Nak Berbaik Dengan Blog.

Hai manusia manusia asing!

Saya tahu saya dah berkurun tak update benda alah ni. Bukan apa takde benda best nak cerita pun. Rutin hidup pun macam robot. Pergi kelas balik kelas. Keesokan pun sama. Tapi minggu nih banyak pergi jalan jalan buang aura negetive dalam kepala otak.

Kenapa bernegetive? Tah tah. Rasa macam tak fun sekarang. Orang kawan dengan kita tak seikhlas yang disangka. Ada dia tanya " Kenapa kalau i marah u buat sakitkan hati u, u still contact i? " Soalan bodoh apa nih? Dah nama pun kawan. Biasa la kalau marah marah tuh. Marah seseorang tuh sebab kita sayang. Lain la kalau marah bercampur benci. Lain cerita. Dan kemudian nak paksa paksa orang terima dia. Ehh! saya dah cakap awal awal. Saya nak berkawan bukan nak lebih lebih. Part mana yang tak faham nya? Entah tak faham. Lantak la nak kawan tidak. Yang penting anda dah sakitkan hati saya. HAHA!

Kemudian. Saya melihat orang masa masa dahulu saya dengan erti kata urban sikit i see my ex's are happy with their life sekarang. Bukan aku nak berdengki tak tentu pasal. Cuma aku terfikir. Mereka boleh berbahagia and kenapa aku macam samar samar lagi. Tak paham! Aku tak dengki dengan mereka bersama orang lain sumpah tak . Kenapa kena rasa ketidakpuasan hati macam nih? Mungkin aku nih sepecies lonely gila sekarang. Wakakaka! Ahh! Biar je la mereka. Haih~

Wednesday, February 2, 2011

Bila Sekolah Nak Cuti, Bila Cuti Rasa Macam Takda Masa Depan Pulak.

Hari ke-3 di kelantan. Oke! Bosan sangat-sangat-sangat. Aku pun tak tahu kenapa aku tergedik nak datang sini. Konon nak pergi 'bekwoh' ex aku. Ah! Tak hadap aku nak pergi. Kalau pergi pun aku nak g meliar kenyit kenyit mata dekat semua jejaka yang ada. Oleh sebab niat aku buruk dan tak baik maka aku batalkan niat nak pergi. Tak payah nak tambah dosa kau lah yana. Haha.

Tadi texting dengan kawan baik. Tiba tiba baru aku tersedar yang aku mempunyai terlampau lampau banyak homework. Mula la rasa gundah gulana yang maksima. Lepas tuh terleka dok main komen komen dekat Facebook yang konon konon nak tutup bulan 3 tapi still tak nampak symptom symptom ketutupan. Mungkin desas desus yang tah papew tayah alert sangat. Then mula la tak ingat balik dekat homework yang banyak banyak tuh. Teruk kan saya? Haha.

Abang dan along masih dalam proses pembaik pulihan hubungan. Tapi macam takde progress apa apa pun. Jenuh aku nak melayan dua dua orang nih. Yang tuh nak nih yang nih nak yang tuh. Kalau tak ikut mula muka masam mencuka. Hey! Aku yang laki ke dorang yang berperangai perempuan nih? Gedik ah! Letih la abang nak melayan adik maneh dua orang nih. Abang tak 'cengkak'. Haha!

Esok mahu pulang ke pahang pula. Tengok berita pasal Johor banjir mula rasa dup dap dup dap. Takut tak boleh nak balik. Banyak lagi nak urus dekat uitm tersayang tuh. Nak dapatkan sticker kenderaan pun banyak  prosedur. Haih! Jenuh nak tanya sorang sorang " Weyh, nak apply sticker kenderaan tuh nak apa ah?". Gahh!

Mana Kau Hilang Nih?

Bila bila saja ada masalah mula lah rasa gatal gatal tangan nak dail sini sana. Konon nak hilangkan bosan yang melanda landa. Tapi ada sorang nih. Aku dok call dari hari apa lagi asyik tak dapat je. Busy betul. Too busy untuk orang yang tak buat papew macam dia.

Dan bila call dan call tapi tak berangkat mula rasa pelik. Mula rasa risau. Yew risau. Apa? Ingat aku pentingkan diri sendiri sangat ke? Tak. Well in this case tak kot. HAHA! Ahh! Mana kau pergi nih. Memang aku perlukan terapi jiwa daripada kau lah. Grr! Tolong la angkat. Kau pergi hilang mana nih? Kau pun dalam proses nak tinggalkan aku jugak ke? Haa! Tengok. Aku dah fikir bukan bukan dah. Dem!

Esok kalau aku call kau dan kau tak angkat. Aku nak buat laporan polis. Nak lapor kau dah missing lebih 24 jam dah. Tengok! Betapa caring aku dekat kau. HAHAHA! Haih~

Monday, January 31, 2011

Dear Yana.

Dear Yana,

Stop stressing about the ones who broke your heart. They don't deserve your tears! Faham? Tolong la jangan nangis sebab dia. Kau nih normal ke tak nih? Dengar sini eh. Dia tuh dah nak nikah. Faham maksud nikah? Nak jadi laki orang dah. Kau sepatutnya gembira untuk dia. Yang kau emosi tak tentu pasal kenapa? Kalau kau nak emosi, baik tayah datang jauh jauh dengan banjir apa jadah tu. Kau nak emosi pergi emosi dekat rumah. Senang!

Bagi je balik cincin dia. Tu milik dia bukan milik kau. Kau sayang sangat cincin tu kenapa?You rarely wear it. Eh! Memang jarang sangat lah. Boleh kira dengan jari berapa kali kau pakai. Yang sayang sangat dekat cincin tuh kenapa? Cuba kau fikir apa perasaan bakal bini dia nanti. Kau tak kesian? Tak kesian dekat kaum kau? Bodoh! Ingat! Kau bukan his number one anymore. Kau bukan priority dia anymore. Kau nothing! Signifying nothing! Kau sekarang hanya budak perempuan yang dia jumpa, yang dia tersalah jatuh cinta, serta tersalah bagi janji janji manis sebelum dia berjumpa dengan his pure number one.

Aku tahu sakit. Tapi tolong move on. Sila move on! Throught that bitter feeling , dried your own tears and moving on with your life. Ahh! Macam tak pernah rasa. Macam tak pernah buat. Kenapa susah sangat yang ni? Apa specialnya dia?  Let him be happy. Susah sangat ke? Tolong lahh. Tolong!



Harap dia bahagia. I'll be fine. Rasanya.

Saturday, January 29, 2011

Aku nak jadi pengapit. Excited lah sikit!

Oke! Aku nak gelak sebenarnya. Sebab semalam dah bergelen gelen air mata mencurah curah jatuh. Memang aku pemurah gila bab bab tumpah air mata nih. Kalau ikut dengan metafora rasanya dah boleh banjir dah rumah aku semalam. Tapi bila fikir fikir balik rasa macam menyampah pulak nangis pasal entah apa apa nih. Naluri perempuan. Senang tersentuh. Biasalah tu. Choi!

Beberapa hari lagi aku nak gerak pergi kelantan. Ouh best! Best gila nanti. Bakal jadi pengapit. Memang excited gila gila nih. Pengapit sape? Ex pakwe aku. Haa! Ambik kau! Orang lain yang dia tabur janji janji manis orang lain yang dia nikah. Habis aku? Dia boleh cakap " You sudi tak jadi pengapit i nanti? I betul betul nak u jadi pengapit i." What the fish man? Haih. Memang masa tuh mata dah bertakung takung air mata. Steady lagi. Chill lagi. Lepas dia bebel bebel kemudian letak. Haa! Memang tsunami lah.

Haih. Benda dah nak jadi. Dah dia bukan jodoh aku kan. Lagi pun dia dah tua sangat. Kalau nak tunggu aku habis belajar memang kesian la dekat dia. Kesian ke? Oke. Memang kesian. Jadi pengapit pun pengapit la weyh. Aku bahagia bila kau bahagia. Kot. HAHA!

*Mood memang excited gila babi nih. Meh nak jumpa bakal isteri kau. Yeah! Chill! ^^

Friday, January 28, 2011

Pernah Rasa Kena Langgar Lori Trailer?

Pernah!
Dan ianya sangat sakit.
T_____________T

Saturday, January 22, 2011

Saya nak tergelak kuat kuat sebenarnya. Lawak. Lawak sangat. Lawak lah bagi saya. Saya bukan lah jenis yang choosy. Sumpah memang tak. Saya cuma takde niat nak berkomitment. Oke? Saya nak tergelak dengan seseorang nih. Setelah sekian lama bagi kata kata benci dekat saya tup tup datang buat friendly. Ehh! Pelik gila. Dulu bukan main bhai cakap benci. Sekarang? Look who's crawling back? Tak malu ke? Haih.

Tolong jangan cakap rindu. Sebab it makes me feel sick. Rindu? Hadoi. After all you done to me. Rindu? Gila eh? Lepas tuh nak buat tacink tacink lak. Eh? Ingat saya kisah. Wahai lelaki sini saya nak cakap "Tolong jangan jilat balik ludah kau tuh.Kotor." Tapi in our situation. Kau ludah aku. Kau jilat balik. Then aku ludah kau. Dan buat macam takde apa apa. Haha. Adil kan dunia?

Thursday, January 20, 2011

Hari kedua puluh di bulan Januari.

Gila!

Pejam. Celik. Pejam dan celik balik dah nak habis bulan Januari. Gila tak best Januari. Pergi cepat cepat lah. Saya rasa nak tergelak dengan seseorang. Bukan sebab dia buat lawak. Dia tersalah faham. Kesian. Saya pun tataw dia terasa. Last last jadi macam ni. Pelik. Status saya di FB selama yang saya ingat tak pernah sesekali saya kutuk, saya maki, saya komen orang yang berada di friend list saya. Tak pernah. Seingat saya lah. Setakat gurau gurau itu ada. Itu je. Saya pun tau kesensetivitian manusia lain. Apa ingat saya tak peka? I do always say "Ada aku kisah." Tapi dari segi segi jaga hati orang lain saya memang kisah.

Memang apa yang saya post dekat status saya tuju kepada orang di luar friend list saya. Yang awak nak terasa kenapa? Haih! Susah bhai macam nih. Memang saya marah awak. Sebab cari point gaduh yang sama over and over again. Thought you will always be my friend. Heh! Tapi nampaknya tak. Takpe la kalau macam tu. Haih.

Take care former buddy!

Tuesday, January 18, 2011

Hari kelapan belas bulan Januari.

Saya letih! Saya letih sangat. Sangat! Saya rasa nak tidur tanak sedarkan diri dua,tiga,empat hari. Boleh tak? Mesti la tak. Assignment berlambak lambak tuh sapa nak buat? Dia boleh buat sendiri ke? Dah la lect pun dah macam semacam je. Pilih kasih! Aahhaha.

Saya letih. Jum tidur. Wakakak.

Monday, January 10, 2011

Cuba Fikir Positif.

Saya malas nak buat benda itu tapi saya terpaksa buat jugak. Saya malas nak fikir pasal benda itu tapi saya fikir jugak. Saya letih bila saya kena buat. Saya benci bila saya terfikir benda itu. Gahh! Sumpah malas malas dan malas nak buat. Tolonglah faham. Saya tak mampu nak buat. Saya tak suka pun nak buat. Kenapa saya kena buat? Kenapa benda tuh wajib. Benci!

Haih!

*Yana yana. Tolonglah jangan bagi alasan. Benda kau kena buat kau buat je la. Tak kisah benda tu salah atau betul. Yang penting kau buat kan? Tak mampu? Haih! Sapa suruh paksa diri kau. Buat sekadar yang mampu. Tolonglah jangan nak buat perangai gedik gedik sekarang. Nyampah oke!

Tapi...

*Takde tapi tapi. Wajib. Part wajib mana yang kau tak faham nih?  Nak tanak. Suka atau tidak. Kena buat.

Haih! I'll try my best.

*Monolog dalaman

Tolong lah tidur wahai mata. Sebelum buat benda pelik pelik! Haih!

Hari kesepuluh bulan Januari.

Second week dah bermula. Dah bermula ada assignment. Ha! Bagus la. Takde la aku macam orang takde masa depan fikir benda bukan bukan. Tadi cerita pasal kereta dengan budak budak kelas. Bercita cita nak beli Sonata la apa la. Last last tengok harga. Mak aih! Takpe lah!. Amira ajak aku balik Ampang CYN nih. Katanya nak buat rambut dekat Galaxy Ampang. Haih! Sumpah aku malas nak balik Ampang. Well! Not now. Dah lama tak tengok Ayah. Nak jadi anak derhaka ke aku nih? Tanak. Cukup cukup la derhaka yang dulu.

Lepas kelas mereka ajak lepak ramai ramai. Ah! Malas. Takde mood aku nak lepak sekarang. Maka aku balik sorang sorang naik teksi. Dalam teksi pakcik tuh tanya. " Dik nak pergi mana?". Aku cakap "Pakcik pusing pusing lah mana mana dulu. Saya bayar'. Pakcik tuh pusing lah mana mana dia nak pusing. Aku sebenarnya kecik hati sangat dengan seseorang. Oke! I may not be a good friend. Aku cakap banyak. Mulut aku cm sial. Yeah. I know. Tengok jew aku suka buat lawak bodoh. Tapi dalam hati aku takde sapa tahu kan? Tengok jew aku suka gelak kuat kuat. Tapi pernah tengok aku nangis sampai sesak dada. Pernah? Aku nih dah la takde sape yang nak. Nak cari orang yang nak kawan dengan aku pun susah. Ada je lah kawan 2,3 kerat nih pun aku dah bersyukur. At least they know the meaning of friendship bukan friendshit !

Tapew la. Hari kesepuluh bulan Januari; aku bersedih!.

Saturday, January 8, 2011

Ouh minggu pertama.

Fuhh! Memang hard gila first week nih. Dah la dudok luar NR la kononnya. Ingatkan best tapi macam haram je. Tiap tiap hari kena bangun macam budak budak nak g sekolah. Tapi saya rasa budak budak nak g sekolah pun takde yang bangun seawal kami kami bangun. Haih! Memang seksa lah!.

Harti paling seksa hari ada KOKO. Gah! Dah la balik lambat. Hujan memang la lebat gila. Teksi pulak macam jual mahal tanak berenti langsung. Terpaksa berjalan la. Memang dekat gila berjalan sampai kaki pun habis rasa keras keras dah. Rasa macam takde kaki pulak dah. Memang balik tuh berair jugak mata dua tiga titik. Haha!

Tapi yang best bila jumpa PA.  Fuh! Memang terbaik la. Best gila. Ingat dapat PA perempuan kena bebel lah apa tapi best gila borak dengan dia. Very very mother figure betul. Lepas tuh semua membe berdengki pulak. Haha! Yang kesian ada membe sorang nih dapat PA lelaki la. Tapi kuat gila dok bebel. Sian betul!. Dia yang awal masuk dia yang last sekali keluar. Memang sadis beb. HAHA.

Lepas tuh yang best bila pergi lepak dekat KFC. Terbaik! Memang best gila hari tuh. Haih!


Next week ada LDK! Sumpah saya malas. Gahhhh!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru!

Semalam tidur awal gila. Memang langsung tak sempat nak tengok bunga api bagai bagai tuh. Ala! Kira macam tak sambut langsung lah tahun baru nih. Bangun bangun dah dekat pukul 4 pagi. Check phone tengok missed call dari sapa tah tak kenal. Lepas tuh ada la jugak msg yang wish happy new year dekat saya. Haa! Kira ada yang masih ingat saya masih wujud. Terharu bebeh!

Berbalik kepada budak gila yang missed call er tataw la missed call ke call kan. Tapi budak itu mendatangkan was was kepada saya. Lalu saya tanya la dia. Entah apa jadah jenis msg. Tak paham aku. Terlalu urban oke. Sampai terpelat lebih. Saya pun agak tergelak jugak baca sebab tak berapa nak paham. Selepas tuh ada lah budak tuh cakap benda dan buat saya marah. Lalu marah dia dan dia maki saya dan saya maki dia balik. Heh! Apa ingat saya perempuan saya takut! Memang silap besar.

Lepas tuh, saya waras balik dan berfikir. Check msg dia banyak banyak kali. Dan akhirnya! Demit! Ada yang nak kenakan saya. Apa ingat lawak ke buat prank bodoh macam nih? Seriously tidak kan. Oke! Yana jangan mudah percaya kata orang. Tak guna sape buat prank nih. Gahhh! I'm ignoring you the whole year!


Apa azam baru saya?
 To stop ranting and live happily. Yeah!