Hai manusia manusia asing!
Saya tahu saya dah berkurun tak update benda alah ni. Bukan apa takde benda best nak cerita pun. Rutin hidup pun macam robot. Pergi kelas balik kelas. Keesokan pun sama. Tapi minggu nih banyak pergi jalan jalan buang aura negetive dalam kepala otak.
Kenapa bernegetive? Tah tah. Rasa macam tak fun sekarang. Orang kawan dengan kita tak seikhlas yang disangka. Ada dia tanya " Kenapa kalau i marah u buat sakitkan hati u, u still contact i? " Soalan bodoh apa nih? Dah nama pun kawan. Biasa la kalau marah marah tuh. Marah seseorang tuh sebab kita sayang. Lain la kalau marah bercampur benci. Lain cerita. Dan kemudian nak paksa paksa orang terima dia. Ehh! saya dah cakap awal awal. Saya nak berkawan bukan nak lebih lebih. Part mana yang tak faham nya? Entah tak faham. Lantak la nak kawan tidak. Yang penting anda dah sakitkan hati saya. HAHA!
Kemudian. Saya melihat orang masa masa dahulu saya dengan erti kata urban sikit i see my ex's are happy with their life sekarang. Bukan aku nak berdengki tak tentu pasal. Cuma aku terfikir. Mereka boleh berbahagia and kenapa aku macam samar samar lagi. Tak paham! Aku tak dengki dengan mereka bersama orang lain sumpah tak . Kenapa kena rasa ketidakpuasan hati macam nih? Mungkin aku nih sepecies lonely gila sekarang. Wakakaka! Ahh! Biar je la mereka. Haih~
Thursday, March 3, 2011
Bila Rasa Emo Emo Camnih Mula Nak Berbaik Dengan Blog.
Posted by YanNa ScHizO at 9:16 PM 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
Bila Sekolah Nak Cuti, Bila Cuti Rasa Macam Takda Masa Depan Pulak.
Hari ke-3 di kelantan. Oke! Bosan sangat-sangat-sangat. Aku pun tak tahu kenapa aku tergedik nak datang sini. Konon nak pergi 'bekwoh' ex aku. Ah! Tak hadap aku nak pergi. Kalau pergi pun aku nak g meliar kenyit kenyit mata dekat semua jejaka yang ada. Oleh sebab niat aku buruk dan tak baik maka aku batalkan niat nak pergi. Tak payah nak tambah dosa kau lah yana. Haha.
Tadi texting dengan kawan baik. Tiba tiba baru aku tersedar yang aku mempunyai terlampau lampau banyak homework. Mula la rasa gundah gulana yang maksima. Lepas tuh terleka dok main komen komen dekat Facebook yang konon konon nak tutup bulan 3 tapi still tak nampak symptom symptom ketutupan. Mungkin desas desus yang tah papew tayah alert sangat. Then mula la tak ingat balik dekat homework yang banyak banyak tuh. Teruk kan saya? Haha.
Abang dan along masih dalam proses pembaik pulihan hubungan. Tapi macam takde progress apa apa pun. Jenuh aku nak melayan dua dua orang nih. Yang tuh nak nih yang nih nak yang tuh. Kalau tak ikut mula muka masam mencuka. Hey! Aku yang laki ke dorang yang berperangai perempuan nih? Gedik ah! Letih la abang nak melayan adik maneh dua orang nih. Abang tak 'cengkak'. Haha!
Esok mahu pulang ke pahang pula. Tengok berita pasal Johor banjir mula rasa dup dap dup dap. Takut tak boleh nak balik. Banyak lagi nak urus dekat uitm tersayang tuh. Nak dapatkan sticker kenderaan pun banyak prosedur. Haih! Jenuh nak tanya sorang sorang " Weyh, nak apply sticker kenderaan tuh nak apa ah?". Gahh!
Posted by YanNa ScHizO at 3:21 PM 0 comments
Mana Kau Hilang Nih?
Bila bila saja ada masalah mula lah rasa gatal gatal tangan nak dail sini sana. Konon nak hilangkan bosan yang melanda landa. Tapi ada sorang nih. Aku dok call dari hari apa lagi asyik tak dapat je. Busy betul. Too busy untuk orang yang tak buat papew macam dia.
Dan bila call dan call tapi tak berangkat mula rasa pelik. Mula rasa risau. Yew risau. Apa? Ingat aku pentingkan diri sendiri sangat ke? Tak. Well in this case tak kot. HAHA! Ahh! Mana kau pergi nih. Memang aku perlukan terapi jiwa daripada kau lah. Grr! Tolong la angkat. Kau pergi hilang mana nih? Kau pun dalam proses nak tinggalkan aku jugak ke? Haa! Tengok. Aku dah fikir bukan bukan dah. Dem!
Esok kalau aku call kau dan kau tak angkat. Aku nak buat laporan polis. Nak lapor kau dah missing lebih 24 jam dah. Tengok! Betapa caring aku dekat kau. HAHAHA! Haih~
Posted by YanNa ScHizO at 1:26 AM 0 comments
Monday, January 31, 2011
Dear Yana.
Dear Yana,
Stop stressing about the ones who broke your heart. They don't deserve your tears! Faham? Tolong la jangan nangis sebab dia. Kau nih normal ke tak nih? Dengar sini eh. Dia tuh dah nak nikah. Faham maksud nikah? Nak jadi laki orang dah. Kau sepatutnya gembira untuk dia. Yang kau emosi tak tentu pasal kenapa? Kalau kau nak emosi, baik tayah datang jauh jauh dengan banjir apa jadah tu. Kau nak emosi pergi emosi dekat rumah. Senang!
Bagi je balik cincin dia. Tu milik dia bukan milik kau. Kau sayang sangat cincin tu kenapa?You rarely wear it. Eh! Memang jarang sangat lah. Boleh kira dengan jari berapa kali kau pakai. Yang sayang sangat dekat cincin tuh kenapa? Cuba kau fikir apa perasaan bakal bini dia nanti. Kau tak kesian? Tak kesian dekat kaum kau? Bodoh! Ingat! Kau bukan his number one anymore. Kau bukan priority dia anymore. Kau nothing! Signifying nothing! Kau sekarang hanya budak perempuan yang dia jumpa, yang dia tersalah jatuh cinta, serta tersalah bagi janji janji manis sebelum dia berjumpa dengan his pure number one.
Aku tahu sakit. Tapi tolong move on. Sila move on! Throught that bitter feeling , dried your own tears and moving on with your life. Ahh! Macam tak pernah rasa. Macam tak pernah buat. Kenapa susah sangat yang ni? Apa specialnya dia? Let him be happy. Susah sangat ke? Tolong lahh. Tolong!
Harap dia bahagia. I'll be fine. Rasanya.
Posted by YanNa ScHizO at 10:49 PM 0 comments
Saturday, January 29, 2011
Aku nak jadi pengapit. Excited lah sikit!
Oke! Aku nak gelak sebenarnya. Sebab semalam dah bergelen gelen air mata mencurah curah jatuh. Memang aku pemurah gila bab bab tumpah air mata nih. Kalau ikut dengan metafora rasanya dah boleh banjir dah rumah aku semalam. Tapi bila fikir fikir balik rasa macam menyampah pulak nangis pasal entah apa apa nih. Naluri perempuan. Senang tersentuh. Biasalah tu. Choi!
Beberapa hari lagi aku nak gerak pergi kelantan. Ouh best! Best gila nanti. Bakal jadi pengapit. Memang excited gila gila nih. Pengapit sape? Ex pakwe aku. Haa! Ambik kau! Orang lain yang dia tabur janji janji manis orang lain yang dia nikah. Habis aku? Dia boleh cakap " You sudi tak jadi pengapit i nanti? I betul betul nak u jadi pengapit i." What the fish man? Haih. Memang masa tuh mata dah bertakung takung air mata. Steady lagi. Chill lagi. Lepas dia bebel bebel kemudian letak. Haa! Memang tsunami lah.
Haih. Benda dah nak jadi. Dah dia bukan jodoh aku kan. Lagi pun dia dah tua sangat. Kalau nak tunggu aku habis belajar memang kesian la dekat dia. Kesian ke? Oke. Memang kesian. Jadi pengapit pun pengapit la weyh. Aku bahagia bila kau bahagia. Kot. HAHA!
*Mood memang excited gila babi nih. Meh nak jumpa bakal isteri kau. Yeah! Chill! ^^
Posted by YanNa ScHizO at 12:00 AM 0 comments
Friday, January 28, 2011
Pernah Rasa Kena Langgar Lori Trailer?
Posted by YanNa ScHizO at 5:12 PM 0 comments
Saturday, January 22, 2011
Saya nak tergelak kuat kuat sebenarnya. Lawak. Lawak sangat. Lawak lah bagi saya. Saya bukan lah jenis yang choosy. Sumpah memang tak. Saya cuma takde niat nak berkomitment. Oke? Saya nak tergelak dengan seseorang nih. Setelah sekian lama bagi kata kata benci dekat saya tup tup datang buat friendly. Ehh! Pelik gila. Dulu bukan main bhai cakap benci. Sekarang? Look who's crawling back? Tak malu ke? Haih.
Tolong jangan cakap rindu. Sebab it makes me feel sick. Rindu? Hadoi. After all you done to me. Rindu? Gila eh? Lepas tuh nak buat tacink tacink lak. Eh? Ingat saya kisah. Wahai lelaki sini saya nak cakap "Tolong jangan jilat balik ludah kau tuh.Kotor." Tapi in our situation. Kau ludah aku. Kau jilat balik. Then aku ludah kau. Dan buat macam takde apa apa. Haha. Adil kan dunia?
Posted by YanNa ScHizO at 12:21 AM 0 comments
