BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 2, 2011

Bila Sekolah Nak Cuti, Bila Cuti Rasa Macam Takda Masa Depan Pulak.

Hari ke-3 di kelantan. Oke! Bosan sangat-sangat-sangat. Aku pun tak tahu kenapa aku tergedik nak datang sini. Konon nak pergi 'bekwoh' ex aku. Ah! Tak hadap aku nak pergi. Kalau pergi pun aku nak g meliar kenyit kenyit mata dekat semua jejaka yang ada. Oleh sebab niat aku buruk dan tak baik maka aku batalkan niat nak pergi. Tak payah nak tambah dosa kau lah yana. Haha.

Tadi texting dengan kawan baik. Tiba tiba baru aku tersedar yang aku mempunyai terlampau lampau banyak homework. Mula la rasa gundah gulana yang maksima. Lepas tuh terleka dok main komen komen dekat Facebook yang konon konon nak tutup bulan 3 tapi still tak nampak symptom symptom ketutupan. Mungkin desas desus yang tah papew tayah alert sangat. Then mula la tak ingat balik dekat homework yang banyak banyak tuh. Teruk kan saya? Haha.

Abang dan along masih dalam proses pembaik pulihan hubungan. Tapi macam takde progress apa apa pun. Jenuh aku nak melayan dua dua orang nih. Yang tuh nak nih yang nih nak yang tuh. Kalau tak ikut mula muka masam mencuka. Hey! Aku yang laki ke dorang yang berperangai perempuan nih? Gedik ah! Letih la abang nak melayan adik maneh dua orang nih. Abang tak 'cengkak'. Haha!

Esok mahu pulang ke pahang pula. Tengok berita pasal Johor banjir mula rasa dup dap dup dap. Takut tak boleh nak balik. Banyak lagi nak urus dekat uitm tersayang tuh. Nak dapatkan sticker kenderaan pun banyak  prosedur. Haih! Jenuh nak tanya sorang sorang " Weyh, nak apply sticker kenderaan tuh nak apa ah?". Gahh!

Mana Kau Hilang Nih?

Bila bila saja ada masalah mula lah rasa gatal gatal tangan nak dail sini sana. Konon nak hilangkan bosan yang melanda landa. Tapi ada sorang nih. Aku dok call dari hari apa lagi asyik tak dapat je. Busy betul. Too busy untuk orang yang tak buat papew macam dia.

Dan bila call dan call tapi tak berangkat mula rasa pelik. Mula rasa risau. Yew risau. Apa? Ingat aku pentingkan diri sendiri sangat ke? Tak. Well in this case tak kot. HAHA! Ahh! Mana kau pergi nih. Memang aku perlukan terapi jiwa daripada kau lah. Grr! Tolong la angkat. Kau pergi hilang mana nih? Kau pun dalam proses nak tinggalkan aku jugak ke? Haa! Tengok. Aku dah fikir bukan bukan dah. Dem!

Esok kalau aku call kau dan kau tak angkat. Aku nak buat laporan polis. Nak lapor kau dah missing lebih 24 jam dah. Tengok! Betapa caring aku dekat kau. HAHAHA! Haih~